Dah lama tak update ne, sorry ye.



Salam kecemerlangan buat pengunjung blog saya ni.Dah lama tak update coz lepas kehilangan laptop saya pada bulan puasa lepas, terus tak dapat nak update. Alhamdulillah Allah mudahkan, dan digantikan dengan laptop yang baru.

Walaubagaimanapun, perjuangan untuk meneruskan training kepada insan yang memerlukan akan tetap dijalankan macam biasa.Bidang ini mendapat tempat disisi masyarakat. Cuma perlu diingat bahawa, cabaran dalam bidang ini pun cukup hebat. Yang penting kita tak blame atau tunjuk handal dalam bidang training. Yang penting, cari makan sama-sama, rezeki Allah cukup luas.
Baru-baru ni, saya telah diamanahkan untuk melaksanakan program bagi pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor , Fakulti Teknologi Sains Informasi benar-benar menerjah minda dan hati saya. Manakan tidak, pada akhir sesi Time Line Management ; Universiti Sebagai Tempat Urus Masa, beberapa orang kalangan mereka meluahkan perasaan masing-masing. Selama ini mereka tidak berpeluang untuk mengikuti program sebegini yang dianjurkan oleh mana-mana jnstitusi. Sesi pagi dimulakan dengan Mengurus Belajar Dengan NLP, manakala petang pula Time Line Management. Apa pun syabas dan tahniah kepada mereka yang menyertai dan juga kepada urusetia yang mengendalikan. Pelajar KUIS berpotensi hebat!!! Mantop !!! SYABAS KEPADA URUSETIA PROGRAM & FAKULTI FTSI.

APA KATA PESERTA :-

1- Pada mulanya, saya malas nak datang program nie…tapi bila difikirkan result saya pada semester 1, saya merasakan saya perlu lakukan satu anjakan paradigma keatas diri ini walaupun dilanda masalah keluarga. Saya akan cuba melakukan terbaik. Program ini wajar diwajibkan keatas pelajar-pelajar baru FTSI bagi menyuntik semangat mereka. Program Minda Cemerlang ini juga harus dibuat setiap semester bagi menyedarkan diri pelajar-pelajar akan matlamat mereka. Penceramah Bro.Mus perlu dijemput sekali lagi dan tambahkan lagi aktiviti luar dan kumpulan bagi mengeratkan atau taaruf sesame pelajar.( Noraizam b. Adnan, ftsi )

2- Sebelum aku menghadiri program ini, aku keliru apa yang perlu aku lakukan untuk terus hidup dan menghadapi cabaran yang akan datang. Dan aku tahu aku lemah dalam pelajaran tertentu, tapi malas dan masalah yang aku hadapi aku cuba lari, tapi kerana aku lari dan terus lari dari masalah yang aku hadapi lagi merumitkan keadaan diriku dan sifat pemalu yang tidak bertempat menyebabkan aku gagal dalam pelajaranku. Aku selalu memikirkan masalah yang menimpa diriku dan family tapi aku tidak bertindak bagaimana untuk aku selesaikan. Ikutkan hati memang aku tak nak teruskan belajar kerana masalah kewangan familyku hadapi.
Selepas motivasi, aku telah dapat dan tahu apa yang aku perlu lakukan. Aku harus berani dan buang sifat malu dan malas sejauh yang mungkin. Dan sekarang kerana kerja part time aku dapat menampung perbelanjaanku seharian. Apa pun aku boleh, apa jua dugaan yang aku tempuh.(Siti Salmiah Asran,ftsi)

3- Assalamualaikum ustaz !
Pertama-tamanya, terima kasih ustaz kerana telah memberi peluang untuk mengikuti program seumpama ini. Saya insan yang tidak pernah berpeluang sepanjang hayat. Bila saya mengikuti program ini, ada sinar harapan baru yang bangkit dalam jiwa saya. Sebelum ini, saya tidak tahu bagaimana strategi belajar yang sebenar dan bagaimana mengurus masa dengan sempurna. Setelah mengikuti program ini, barulah saya sedar dan menangis juga bertanya pada diri sendiri, mengapa aku sebelum ini tak bijak seperti orang lain ? Terima kasih segalanya ustaz…teruskan program ini demi insan lemah seperti saya.. (SITI ANA-FTSI,KUIS)