ARTIKEL : PENGAYAAN KEHIDUPAN ( Siri 1 )
Salam sukses dari saya Bro.Mus.
Apa khabar pengunjung sekalian. Moga sukses dan bertambah hebat kehidupan anda saat ini.
Hari ini saya ingin berkongsi kepada pembaca blog berkaitan dengan "PENGAYAAN KEHIDUPAN". Anda mahukan pengAyaan dalam kehidupan anda. Jom kita lihat strategi pertama ini.
Strategi 1
Menghajatkan sesuatu yang baik itu sebenarnya datang dari diri sendiri. Keyakinan diperlukan bagi mencapai kejayaan. Ramai orang gagal melakukan sesuatu bukan kerana kurang kebolehan tetapi tidak mempunyai KEYAKINAN. Kita memerlukan KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN pada diri sendiri bagi mencapai kejayaan.
Berbekalkan dua perkara ini, semua orang yang sebenarnya boleh melakukan apa saja yang dianggap mustahil oleh orang lain. Anda juga boleh melakukan sesuatu perkara jauh lebih menyerlah dari yang biasa. Apa jua kejayaan yang ditemui dan disaksikan di dunia ini, sebenarnya hanya bermodalkan kekuatan KEYAKINAN DIRI. Keyakinan yang tinggi boleh menimbulkan kecekalan hati, tidak kira sama ada seseorang itu perempuan atau lelaki. Apabila anda mempunyai keyakinan diri, kejayaan boleh dijadikan kenyataan. Apa yang penting adalah JANGAN BERANGAN-ANGAN SAJA. Anda perlu membuktikannya dengan gerak langkah anda.
Selalu saya memerhatikan khususnya pelajar-pelajar sekolah ataupun pelajar di peringkat universiti, kebanyakan mereka kurang keyakinan diri. Bila diberikan jawatan di peringkat kampus, masing-masing menolak dengan alasan "Saya tidak berkeyakinan untuk memimpin atau menjadi pemimpin." Senario ini acap kali berlaku di peringkat pelajar sekolah dan juga di peringkat IPT. Persoalannya adalah, bagaimana golongan ini perlu menyerlahkan keyakinan diri mereka dikhalayak ramai? Jawapannya adalah MEREKA PERLU MENINGKATKAN PANDANGAN MEREKA TENTANG KEHIDUPAN MEREKA SENDIRI. Mulakan menulis dengan perkara-perkara yang tidak mahu dilakukan. Tuliskan semua ini dalam sehelai kertas kosong, dan seterusnya anda mesti lakukan sebagaimana yang anda inginkan dalam apa yang anda tulis. Imaginasikan perkara yang anda mahu lakukan dan anda akan merasakan self confident anda berada ditahap yang FANTASTIK ! Berikan penyataan yang positif dalam diri anda pada setiap hari dan anda akan dapati sesuatu yang luar biasa berlaku di dalam diri anda. Lakukan teknik VISUALISASI terhadap apa yang anda inginkan dengan penuh positif. Insyallah, ANDA AKAN MELIHAT KEYAKINAN DIRI ANDA SEMAKIN MENYERLAH.
SO, kalau nak tahu tip selanjutnya berkaitan meningkatkan keyakinan diri anda, kita akan bertemu pada artikel akan datang....
" LIHAT, DENGAR & RASAKAN KEHEBATAN DIRI ANDA !"