Tempoh hari, saya ada membicarakan berkaitan strategi untuk meningkatkan keyakinan diri dan hari ini saya akan sambung dalam strategi kedua untuk meningkatkan keupayaan serta keyakinan diri anda.
Strategi 2 :
( Berterus terang bila berkata-kata, kalau tidak anda akan menunjukkan KEGAGALAN anda sendiri )
Berterus terang apabila berkata-kata , kalau tidak anda akan menunjukkan kegagalan anda sendiri membawa maksud sekiranya anda mempunyai hasrat dan perasaan yang membara dan anda tidak dapat melakukan sesuatu terhadapnya dengan berkesan, akhirnya anda akan melakukannya dengan menunjukkan perasaan yang sebaliknya. Cara ini tidak berkesan.Kita sering berhadapan dengan orang-orang sebegini (kalau bercakap suka tidak berterus terang) yang akhirnya hubungan antara dia dengan kita menjadi tidak seronok. Apakah dengan memendam rasa dapat menyelesaikan apa yang terbuku di dalam hati ?
Berterus-terang bukan semestinya anda melibatkan perasaan, pemikiran dan kemahuan anda terhadap orang lain, terutama jika orang itu beranggapan negatif terhadap diri anda ataupun mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan anda. Anda perlu mengawal perasaan anda sendiri dan anda perlu menggunakan cara yang terbaik untuk mengawal perasaan dan menyelesaikan masalah anda sendiri. DENGAN BERTERUS-TERANG SAJALAH ANDA MAMPU MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANDA......................FIKIR-FIKIRKANLAH.............