Sambungan artikel "Pengayaan Kehidupan "
Assalamualaikum pada pengunjung blog AMC. Dah lama saya tak sambung berkaitan dengan artikel Pengayaan Kehidupan. Lama juga tak update blog saya ini kerana kebelakangan inia agak sibuk dengan tugas-tugas sosial kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, hari ini saya akan sambungan strategi seterusnya dalam Pengayaan Kehidupan.
Strategi 3 : Tahu peringkat kehidupan
Bagi mereka yang mahu dirinya sukses dalam apa jua lapangan yang diceburi, strategi ketiga ini perlu diketahui bagi meraih sumber diri yang cemerlang. Apa dia strategi ke-3 ini ?. Tidak lain ianya adalah TAHU PERINGKAT KEHIDUPAN. Adakah anda tahu peringkat kehidupan anda ? . Pada satu masa,seseorang bercerita kepada saya tentang peringkat perjuangan lelaki dan kaitannya dengan umur mereka. Dia juga sebenarnya ingin membuat kelakar. Tetapi apabila dilihat kembali apa yang dia katakan, ianya memberikan makna yang amat mendalam. Katanya, peringkat perjuangan lelaki boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat mengikut umur seperti berikut :-
UMUR PERINGKAT HIDUP
Di bawah 20-an Bayangan Hidup
20-30-an Pandangan Hidup
40-an Pegangan Hidup
50-an Perjuangan hidup
60-an Kenangan Hidup
Apa yang saya ingin katakan kepada anda disini ialah apapun yang ingin kita lakukan, kita mestilah membuatnya dari awal dan bersungguh-sungguh. Kita tidak mahu Pengayaan Kehidupan kita masih dalam tahap perjuangan pada masa umur 50-an dan apabila sampai umur 60-an, kita akan mengenangkan kegagalan dan kepahitan hidup kita. Gunakanlah strategi ke-3 ini bagi mencapai kesuksesan diri anda dalam apa bidang yang anda ceburi. Selamat Menyambut Ramadhan dan tambahkanlah amalan POSITIF untuk anda cemerlang di dunia dan akhirat.