Program Tingkat Keyakinan Diri (RESPQ)
Assalamualaikum w.b.t
Buat teman-teman blog saya sekalian. Selamat tahun baru dari keluarga AMC Enterprise. Dah lama gak saya tak up date blog ni. Maklumlah sibuk sikit akhir-akhir ni. Well, ada cerita baru saya nak kongsikan kepada peminat blog saya.
Baru-baru ni pada 26 hingga 28hb Disember 2008, saya diberikan amanah oleh pihak Fakulti Teknologi Sains Informasi (FTSI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) untuk melaksanakan Program Tingkat Keyakinan Diri (RESPQ). Alhamdulillah, peserta yang hadir amat memberangsangkan sekitar 170 orang (Fasa 1 & 2). Alhamdulillah, semuanya memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan program tersebut.
Program ini buat julung kalinya diadakan di fakulti ini. So,ianya very important kerana pilot projek bagi fakulti. Di dalam program ini, peserta diajar berkaitan teknik untuk meraih potensi hebat melalui teknik psikologi NLP dan Dimensi Hijrah PSE. Pelbagai aktiviti interaktif yang menghubungkan antara peserta dengan jurulatih dan penolong-penolong jurulatih dapat dijalankan dengan baik. Banyak ilmu baru yang peserta peroleh selama beberapa hari bersama kami. Kalau dilihat secara keseluruhannya, boleh saya katakan bahawa pelajar-pelajar FTSI ini mempunyai bakat serta potensi diri yang unik. Mybe, mereka berasa rendah diri bila berhadapan dengan khalayak ramai.
Walaubagaimanapun, syabas dan tahniah kepada peserta yang mengikuti program ini dan tidak lupa kepada urusetia FTSI yang bertungkuslumus untuk menyediakan alatan-alatan latihan dan juga makan dan minum untuk jurulatih dan peserta. Sekarang ni, saya sedang menyiapkan laporan penuh program untuk dihantar ke fakulti yang terlibat.
Tidak lupa kepada penolong-pelong jurulatih saya dan perunding bersekutu AMC iaitu Asnora, Fahnan, Nufran,Syahirah, Hayati dan Mr. K kerana banyak membantu bagi menjayakan program ini. Moga Allah membalas jasa kalian semua di dunia dan akhirat . Amin. Tq So Much.
Kenangan indah bersama pelajar FTSI, KUIS takkan ku lupakan begitu saje.
1- Pengalaman saya ketika berada di sini pada mulanya memang terasa macam nak marah.Tetapi selepas mengikuti sehingga waktu petang ia amatlah bermanfaat kepada diri saya kerana memupuk keyakinan diri dan potensi yang ada di dalam diri saya. Saya berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana menetapkan saya berada di sini. Saya juga berterima kasih kepada Puan Haniza, en Mustaqiim dan krew termasuk abang dan kakak persatuan FTSI kerana menjayakan program ini. (Peserta TKD RESPQ 2008)
2-Perbincangan yang diutarakan menarik diisi dengan keharmoniaan dan kerohanian di setiap pelajar. Niat berkongsi dengan kami pengalaman lalu membuka minda pelajar. Rasa terkilan tak sempat menghabiskan topik-topik yang menarik kerana kesuntukan masa. Semoga berjaya. Diseru ajar pelajar atau sesiapa saje yang mahukan keunggulan diri terserlah jauh dari yang biasa hadir dalam program ini. Hadir jangan tak hadir!!!(Peserta TKD RESPQ 2008)
3-Firstly, saya kagum dengan abang mus and crew sbb berjaya menarik minat saya. Selama ini saya tak suka dengar orang berceramah. Saya rasa bersyukur saya diilhamkan rasa nak pergi program nie. Maaf saya tak berani nak cakap dihadapan tapi insyallah di masa akan datang saya akan berani bercakap di hadapan orang lain. Ape pun saya ucapkan terima kasih kerana berusaha membantu saya mengubah diri saya. Program nie the best program yang saya pernah lalui. Thanks 4 everything.(Peserta TKD RESPQ 2008)
4- Penerangan jelas, meresap di kalbu. Dapat mempengaruhi minda peserta dan setiap slot menghiburkan.(Peserta TKD RESPQ 2008)