MINDA DAN SIKAP POSITIF PENENTU KECEMERLANGAN
Artikel hari ini (05/02/2009,Khamis)
Maksud Firman Allah :
“Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah tidak akan merubah nikmat yang telah dikurniakan kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada mereka sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”…..Surah al-Anfal 53
MINDA
The human consciousness that originates in the brain and is manifested especially in thought, perception, emotion, will, memory, and imagination.
SIKAP
Sikap ialah pandangan/tanggapan mengenai sesuatu. Penentuan sikap bergantung kepada 3perkara :-
•Apa yang difikirkan (kognitif).
•Apa yang dilakukan (psikomotor)
•Apa yang dirasakan (afektif)
MINDA DAN SIKAP UNTUK CEMERLANG
1.Minda dan sikap – elemen (alat) penting untuk mencapai kecemerlangan.
2.Kecemerlangan bermula dalam minda seseorang – semakin kerap/banyak pemikiran tentang kejayaan/kecemerlangan maka semakin tinggi kebarangkaliannya menjadi realiti. Kejayaan bermula apabila kita berfikir untuk berjaya.
3.Kita akan jadi sebagaimana kita fikirkan tentang diri kita – jika positif yang difikirkan maka kesannya positif, jika negatif yang difikirkan negatiflah kesannya.
4.Minda dan sikap saling berkait. Minda positif akan menghasilkan sikap positif. Minda positif menggerakkan perubahan sikap dan tingkahlaku sesuai dengan matlamat untuk mencapai kecemerlangan.
5.Perubahan sikap mesti didahului dengan perubahan minda.
MINDA/SIKAP POSITIF VS MINDA/SIKAP NEGATIF
Bil Positif Negatif
1. Fikiran terbuka Fikiran tertutup –fikiran menegak, stereotype, jumud
2. Bermotivasi tinggi Tidak bermotivasi – cepat lesu, lemah
3. Yakin dengan kejayaan,Optimis Tidak yakin, pesimis
4. Berdisiplin Tidak berdisiplin, sukar menurut arahan
5. Imaginatif Malas berfikir, mengunakan apa yang ada.
6. Sabar menghadapi cabaran Mudah putus harapan, kaciwa
7. Toleransi dengan kegagalan Kegagalan adalah hina
8. Suka mengkaji Suka menghukum, buat kesimpulan segera
9. Akauntabiliti/Bertanggungjawab Helah beladiri (Defense-mechanism)
PENUTUP
Renungkan kata-kata di bawah :
“Dirimu hendaklah engkau muliakan kerana jika engkau menghinakannya, kehinaan itu akan kembali kepadamu, maka tiada kau dapati orang memuliakannya”………Hatim al-Tha’i
“There is little difference in people, but that little difference makes a big difference, the little difference is attitude. The big difference is whether it is positive or negative”
From : Bro. Mustaqiim