Apa kata peserta program RESPQ Mac 2009



" Salam...abang ely, saya nak ucap thanks a lot...coz balik dari kem tu saya dah jadi diri saya sebenar..jiwa saya tenang bila saya melabuhkan tudung alhamdulillah."
( SMS dihantar ke h/p abang ely ketika trainer berehat di kuala kangsar Perak 15/03/2009)

" salam..abang mus, thank u alot..coz abg bagi saya satu spirit untuk bercakap di hadapan. ianya akan terus berkekalan n perubahan dari segi pemakaian saya...alhamdulillah."
>( SMS dihantar ke h/p abang mus ketika trainer berehat di kuala kangsar Perak 15/03/2009)

" Assalamualaikum...saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menjayakan program tingkat keyakinan diri selama 3 hari ini. ok all the best. from amalina, Uitm Kedah."
>( SMS dihantar ke h/p abang mus ketika trainer berehat di kuala kangsar Perak 15/03/2009)

Siri Pelatihan RESPQ , Siswa UiTM Kedah, Fakulti Pengajian Perniagaan

PROGRAM RESPQ YOUR SELF



PROGRAM TINGKAT KEYAKINAN DIRI
( Peak performance and talent management )

TESTIMONI ;-
" Perbincangan yang diutarakan menarik diisi dengan keharmoniaan dan kerohanian di setiap pelajar. Niat berkongsi dengan kami pengalaman lalu membuka minda pelajar. Rasa terkilan tak sempat menghabiskan topik-topik yang menarik kerana kesuntukan masa. Semoga berjaya. Diseru ajar pelajar atau sesiapa saje yang mahukan keunggulan diri terserlah jauh dari yang biasa hadir dalam program ini. Hadir jangan tak hadir!!!(Peserta TKD RESPQ 2008)"

Nak tahu potensi sebenar diri anda ?
Nak tahu bagaimana corak-corak bahasa mempengaruhi minda dan diri anda ?
Nak tahu bagaimana cara anda berfikir dengan lebih sistematik ?
Nak tahu bagaimana cara terbaik untuk tingkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi dikhalayak ramai ?
Nak tahu rahsia kecerdasan diri anda (IQ, EQ, PQ & SQ) ?
Nak tahu apakah strategi mental yang anda gunakan untuk meraih
kecemerlangan di dalam apa jua bidang yang diceburi ?
Nak tahu rahsia sebenar diri melalui Teknik Saidina Umar ?

Jangan lepaskan peluang ini !!!
Gabungan yang padu di dalam teknik-teknik psikolinguistik dan psikospiritual menanti anda. Anda akan dilatih melalui teknik
pembelajaran pantas (Accelerated Learning Technique )

2 orang trainer berpengalaman luas dalam pembangunan diri insan
bergabung tenaga
menghasilkan RESPQ akan bersama anda menunjukkan JALAN
TINGKAT KEYAKINAN DIRI.

TERBUKA KEPADA :
Golongan pelajar rendah / menengah / IPT
B) Umum / individu yang mahu mengetahui teknologi pantas perubahan diri dengan sains minda & spiritual,

Untuk jemputan, penganjuran, pertanyaan, sila hubungi :
En Mohd Mustaqiim Asmuji , Konsultan Utama AMC 019-2044036/034

MINDA DAN SIKAP POSITIF PENENTU KECEMERLANGAN


Artikel hari ini (05/02/2009,Khamis)

Maksud Firman Allah :

“Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah tidak akan merubah nikmat yang telah dikurniakan kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada mereka sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”…..Surah al-Anfal 53


MINDA
The human consciousness that originates in the brain and is manifested especially in thought, perception, emotion, will, memory, and imagination.

SIKAP
Sikap ialah pandangan/tanggapan mengenai sesuatu. Penentuan sikap bergantung kepada 3perkara :-
•Apa yang difikirkan (kognitif).
•Apa yang dilakukan (psikomotor)
•Apa yang dirasakan (afektif)

MINDA DAN SIKAP UNTUK CEMERLANG
1.Minda dan sikap – elemen (alat) penting untuk mencapai kecemerlangan.
2.Kecemerlangan bermula dalam minda seseorang – semakin kerap/banyak pemikiran tentang kejayaan/kecemerlangan maka semakin tinggi kebarangkaliannya menjadi realiti. Kejayaan bermula apabila kita berfikir untuk berjaya.
3.Kita akan jadi sebagaimana kita fikirkan tentang diri kita – jika positif yang difikirkan maka kesannya positif, jika negatif yang difikirkan negatiflah kesannya.
4.Minda dan sikap saling berkait. Minda positif akan menghasilkan sikap positif. Minda positif menggerakkan perubahan sikap dan tingkahlaku sesuai dengan matlamat untuk mencapai kecemerlangan.
5.Perubahan sikap mesti didahului dengan perubahan minda.

MINDA/SIKAP POSITIF VS MINDA/SIKAP NEGATIF
Bil Positif Negatif
1. Fikiran terbuka Fikiran tertutup –fikiran menegak, stereotype, jumud
2. Bermotivasi tinggi Tidak bermotivasi – cepat lesu, lemah
3. Yakin dengan kejayaan,Optimis Tidak yakin, pesimis
4. Berdisiplin Tidak berdisiplin, sukar menurut arahan
5. Imaginatif Malas berfikir, mengunakan apa yang ada.
6. Sabar menghadapi cabaran Mudah putus harapan, kaciwa
7. Toleransi dengan kegagalan Kegagalan adalah hina
8. Suka mengkaji Suka menghukum, buat kesimpulan segera
9. Akauntabiliti/Bertanggungjawab Helah beladiri (Defense-mechanism)

PENUTUP

Renungkan kata-kata di bawah :
“Dirimu hendaklah engkau muliakan kerana jika engkau menghinakannya, kehinaan itu akan kembali kepadamu, maka tiada kau dapati orang memuliakannya”………Hatim al-Tha’i
“There is little difference in people, but that little difference makes a big difference, the little difference is attitude. The big difference is whether it is positive or negative”

From : Bro. Mustaqiim

Program Tingkat Keyakinan Diri G4 FTSI



Assalamualaikum wbt.

Salam kecemerlangan pada semua peserta-peserta dan pengunjung lama blog saya. Hari ni baru sempat nak posting cerita baru.

Alhamdulillah, semalam (01/2/2009)saya baru sahaja melaksanakan program Tingkat Keyakinan Diri (RESPQ) kepada Group ke 4 pelajar-pelajar FTSI, KUIS. Rata-ratanya dapat mengikuti program dengan baik. Walaupun satu hari, sangat singkat nak buat training untuk mereka, saya rasakan ianya sebagai pembuka jalan pertama untuk melihat diri dan juga matlamat mereka sendiri. Syabas dan tahniah kepada mereka yang mengikuti program saya. Tanpa sokongan kalian, saya tidak mampu bersama anda hingga keakhirnya. Bersamalah membina kecemerlangan diri dengan AMC Enterprise.

Doakan agar pada 06 hingga 07/2/2009 ini, saya dan pasukan training AMC menyerlah jauh dari yang biasa di Yan, Kedah bersama pelajar-pelajar Uitm Kedah. Sesiapa yang berminat untuk ikuti training kami, hubungi saya ye.

Salam cemerlang dari saya Bro. Mus, principal consultant AMC
019-2044036

Program Tingkat Keyakinan Diri (RESPQ)



Assalamualaikum w.b.t

Buat teman-teman blog saya sekalian. Selamat tahun baru dari keluarga AMC Enterprise. Dah lama gak saya tak up date blog ni. Maklumlah sibuk sikit akhir-akhir ni. Well, ada cerita baru saya nak kongsikan kepada peminat blog saya.

Baru-baru ni pada 26 hingga 28hb Disember 2008, saya diberikan amanah oleh pihak Fakulti Teknologi Sains Informasi (FTSI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) untuk melaksanakan Program Tingkat Keyakinan Diri (RESPQ). Alhamdulillah, peserta yang hadir amat memberangsangkan sekitar 170 orang (Fasa 1 & 2). Alhamdulillah, semuanya memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan program tersebut.

Program ini buat julung kalinya diadakan di fakulti ini. So,ianya very important kerana pilot projek bagi fakulti. Di dalam program ini, peserta diajar berkaitan teknik untuk meraih potensi hebat melalui teknik psikologi NLP dan Dimensi Hijrah PSE. Pelbagai aktiviti interaktif yang menghubungkan antara peserta dengan jurulatih dan penolong-penolong jurulatih dapat dijalankan dengan baik. Banyak ilmu baru yang peserta peroleh selama beberapa hari bersama kami. Kalau dilihat secara keseluruhannya, boleh saya katakan bahawa pelajar-pelajar FTSI ini mempunyai bakat serta potensi diri yang unik. Mybe, mereka berasa rendah diri bila berhadapan dengan khalayak ramai.

Walaubagaimanapun, syabas dan tahniah kepada peserta yang mengikuti program ini dan tidak lupa kepada urusetia FTSI yang bertungkuslumus untuk menyediakan alatan-alatan latihan dan juga makan dan minum untuk jurulatih dan peserta. Sekarang ni, saya sedang menyiapkan laporan penuh program untuk dihantar ke fakulti yang terlibat.

Tidak lupa kepada penolong-pelong jurulatih saya dan perunding bersekutu AMC iaitu Asnora, Fahnan, Nufran,Syahirah, Hayati dan Mr. K kerana banyak membantu bagi menjayakan program ini. Moga Allah membalas jasa kalian semua di dunia dan akhirat . Amin. Tq So Much.

Kenangan indah bersama pelajar FTSI, KUIS takkan ku lupakan begitu saje.



1- Pengalaman saya ketika berada di sini pada mulanya memang terasa macam nak marah.Tetapi selepas mengikuti sehingga waktu petang ia amatlah bermanfaat kepada diri saya kerana memupuk keyakinan diri dan potensi yang ada di dalam diri saya. Saya berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana menetapkan saya berada di sini. Saya juga berterima kasih kepada Puan Haniza, en Mustaqiim dan krew termasuk abang dan kakak persatuan FTSI kerana menjayakan program ini. (Peserta TKD RESPQ 2008)

2-Perbincangan yang diutarakan menarik diisi dengan keharmoniaan dan kerohanian di setiap pelajar. Niat berkongsi dengan kami pengalaman lalu membuka minda pelajar. Rasa terkilan tak sempat menghabiskan topik-topik yang menarik kerana kesuntukan masa. Semoga berjaya. Diseru ajar pelajar atau sesiapa saje yang mahukan keunggulan diri terserlah jauh dari yang biasa hadir dalam program ini. Hadir jangan tak hadir!!!(Peserta TKD RESPQ 2008)

3-Firstly, saya kagum dengan abang mus and crew sbb berjaya menarik minat saya. Selama ini saya tak suka dengar orang berceramah. Saya rasa bersyukur saya diilhamkan rasa nak pergi program nie. Maaf saya tak berani nak cakap dihadapan tapi insyallah di masa akan datang saya akan berani bercakap di hadapan orang lain. Ape pun saya ucapkan terima kasih kerana berusaha membantu saya mengubah diri saya. Program nie the best program yang saya pernah lalui. Thanks 4 everything.(Peserta TKD RESPQ 2008)

4- Penerangan jelas, meresap di kalbu. Dapat mempengaruhi minda peserta dan setiap slot menghiburkan.(Peserta TKD RESPQ 2008)